Cara Mudah Gemukkan Kucing
Membuat kucing gemuk, sihat dan bulunya lebat memang
menjadi keinginan kesemua pencinta kucing. Namun tidak ramai yang tahu caranya untuk
membuat si bulus mereka menjadi gemuk.
Sebelum kamu mengetahui cara-cara untuk menggemukkan
kucing, perlu diketahui bahawa cara di bawah ini bukan cara yang cepat. Ini kerana proses menggemukkan kucing bergantung cara
yang efektif yang kamu lakukan. Berikut adalah cara-caranya :
1. Memberikan Makanan Berprotein Tinggi
Cara ini adalah cara mudah tetapi berkos agak tinggi. Protein seperti ini biasanya boleh didapati dengan
mudah daripada daging ayam, ikan dan daging kisar. Biasanya daging akan direbus terlebih dahulu sebelum memberikannya kepada si bulus anda.
Selain ayam, ikan dan daging kisar, kamu juga boleh menambahkan kuning telur pada menu si bulus anda. Tetapi hanya kuning telur sahaja tau, asingkan putih telur. Tambahkan dalam makanan si bulus anda dalam 2 ke 3 kali seminggu.

2. Memberikan Makanan Yang Sesuai Dengan Selera Kucing Anda
Berilah makanan yang berkhasiat untuk kucing kesayangan anda. Pelbagaikan menu makanan mereka seperti jenis kibbles yang berkhasiat tinggi dan bervitamin supaya mereka kekal sihat dan berselera makan. Ia boleh menambahkan nafsu makan mereka dan sentiasa kekal ceria.
Untuk mengelakkan bulu kucing anda gugur, elakkan daripada memberikan mereka makan ikan masin. Ia juga tidak bagus untuk kesihatan kucing anda.
Sesekali belilah kibbles jenama yang sedikit mahal dari biasa sebagai bonus jika mereka berkelakuan baik. Selain kibbles, wetfood juga bagus digunakan sebagai bonus dan menyihatkan malah menggemukkan si bulus anda kelak. terdapat pelbagai jenama yang ada di dalam pasaran dan di kedai-kedai petshop yang boleh anda pilih.
2. Memberikan Vaksin
Kesihatan kucing amat penting untuk dititikberatkan. Kamu harus menjaganya dengan baik dengan menghantar mereka ke veterinar untuk pemeriksaan kesihatan dan mencegah penyakit. Jangan lupa beri kucing anda vaksin agar tubuh mereka dapat melawan penyakit. Kucing yang sihat terjaga nafsu makannya dan mereka akan mudah gemuk.
3. Jaga Mood Kucing Anda
Kucing merupakan haiwan yang mempunyai mood yang tenang. Kucing tidak selesa berada di dalam kandang sahaja. Jadi berikanlah peluang untuk si bulus anda bermain di luar kandangnya sesekali.
Ajaklah mereka bermain dan bergurau. Anda juga boleh membelikannya alat permainan yang membuatkan mood kucing anda tenang. Dapatkanlah mereka pasangan supaya mereka ada teman bergurau senda. Yang penting jangan sampai kucing stress. Kucing yang stress susah menaikkan berat badannya.
4. Menggunakan Penyaman Udara.

Meletakkan kucing di dalam ruang yang ada penyaman udara juga adalah cara membuat kucing gemuk. Ruangan yang sejuk akan membuatkan kucing anda menjadi sedikit malas untuk bermain dan memilih untuk istirehat atau tidur sahaja.
Rehat dan tidur menjadikan nafsu makan si kucing semakin bertambah, bulu kucing tidak gugur dan tubuh mereka menjadi gemuk. Tetapi jaga-jaga terhadap kemungkinan serangan penyakit akibat obesiti.
5. Memberikan Kucing Minuman Yang Berkhasiat
Memberikan minuman yang berkhasiat adalah salah satu cara menyihatkan tubuh badan kucing anda dan mudah gemuk. Anda boleh memberikan mereka susu kambing berkhasiat yang biasa ada di dalam pasaran dan di kedai-kedai haiwan peliharaan. Ia ada dalam pelbagai bentuk samada serbuk untuk dibancuh atau susu di dalam botol. Ada juga sesetengah kedai yang menjualnya dalam bentuk tablet.
Anda tidak semestinya memberikan mereka susu sahaja untuk sihat. Air kosong juga baik untuk kesihatan kucing. Dalam pasaran sekarang terdapat banyak jenis penapis air yang mengeluarkan air R.O dan air beralkali. Berikan mereka minum air jenis ini dan lihat hasilnya mereka tidak mahu lagi minum air paip biasa.
Kesimpulan
Kucing yang mempunyai gaya hidup sihat dengan persekitaran yang bersih akan mudah tenteram, ceria dan sihat tubuh badan. Pelbagai cara yang dilakukan oleh pemilik kucing untuk menggemukkan kucing mereka supaya kelihatan chubby, comel dan montok. Namun anda perlu berhati-hati kerana kucing juga terdedah kepada penyakit akibat obesiti dan memendekkan umur kucing anda kelak.